DIKECAM gara-gara enggan bergambar dengan peminat, aktres Sarah Jessica Parker mempunyai alasan tersendiri berpendirian sedemikian.
Menerusi wawancara program The Howard Stern Show, pelakon siri Sex and the City itu mengakui lebih selesa berbual berbanding sekadar beraksi di depan kamera.
Akhir-akhir ini saya selalu mencuba pendekatan berbeza seperti ketika berada di lapangan terbang tempoh hari apabila seorang wanita menghampiri saya tanpa menyapa.
“Dia terus bertanya, boleh saya ambil foto berdua? Saya jawab, kita belum saling kenal. Siapa nama kamu? Selepas itu saya mengajaknya berbual. Rasanya perkara itu lebih bermakna,” katanya.
Begitupun, alasan tersebut membuatkan hos program, Howard Stern, secara sinis mendakwa kenyataan Parker seperti seorang guru yang mengajarkan anak murid bersopan santun.
Dia dengan pantas menjawab perlu berbuat demikian kerana tidak selesa gambarnya dirakamkan tanpa kebenaran.
“Ambil kebenaran sebelum buat sesuatu kepada saya,” ujarnya. – HIBGLAM