PEMPENGARUH media sosial, Leona meluahkan keinginan mahu menjalani pembedahan mengecilkan payudara bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Disebabkan keadaan payudara, pemilik nama lengkap Kasih Iris Leona Azhar, 23, memaklumkan dia terpaksa menggayakan pakaian bersaiz besar selain sering sakit belakang badan.
“Saya mahu melakukan pembedahan mengecilkan payudara dan saya serius. Saya juga tidak mahu sakit belakang lagi.
“Saya selalu memakai baju besar, macam mana nak cakap? Pinggang dan bahagian badan utama saya saiz S.
“Tetapi sebab dada saya sangat besar, kadang-kadang saya perlu pakai baju saiz M atau L,” katanya menerusi siaran langsung TikTok semalam.
Pada masa sama, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu turut meluahkan rasa terkilan kerana kelihatan gemuk disebabkan saiz payudaranya yang besar.
“Meskipun saya lebih kecil, payudara saya masih kelihatan besar seperti tidak sesuai dengan badan saya.
“Saya marah dengan diri sendiri, saya tidak gemuk tetapi nampak seperti berisi sebab keadaan payudara saya,” ujarnya.
Sebelum ini, Leona tidak menyokong tindakan membuli semula mana-mana individu terutama daripada kaum lelaki yang meninggalkan komen berbaur ‘nakal’ dalam akaun media sosialnya.
Perkara tersebut dikongsi Leona selepas melihat ramai menyokong dan menyebelahinya apabila menerima komen berbaur lucah daripada seorang lelaki baru-baru ini.
Difahamkan, lelaki tersebut menyamar dengan menggunakan identiti orang lain dan meninggalkan komen jelek berkaitan payudaranya. – HIBGLAM