Isteri fail cerai, rumah tangga Fikry Ibrahim berantakan?
TIADA angin tiada ribut, rumah tangga pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim yang baru dibina empat bulan lalu kini goyah apabila isterinya, Khalizah Alihan memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.
Siti Khalizah Alihan, 37, yang hadir ke mahkamah sekitar pukul 9.40 pagi dengan persalinan serba hitam.
Peguam syarie mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib mengesahkan mengenai sebutan kes perceraian hari ini selain memberitahu tidak pasti mengenai kehadiran Fikry.
“Ya, saya tak nampak dia lagi,” katanya kepada media hari ini.
Kelibat Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, bagaimanapun masih belum kelihatan sehingga kini pada sebutan tuntutan dan permohonan cerai yang berlangsung di mahkamah hari ini.
Terdahulu, Fikry dan Khalizah selamat melangsungkan perkahwinan pada 12 Februari lalu di sebuah masjid di Jitra. Kedah. – HIBGLAM