‘Semoga cepat sembuh rakan sekerja, Amira Othman’

TERUS mencetuskan tanda tanya, pelakon Fattah Amin mengundang perhatian ramai apabila menziarahi penyanyi Amira Othman yang menerima rawatan di hospital selepas mengalami keracunan makanan.

Namun, paling menuai bualan ramai apabila Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menggelar Amira sebagai ‘rakan sekerja’ dalam ruangan kapsyen sebuah hantaran Instagram.

Semoga cepat sembuh rakan sekerja, Amira Othman,” katanya ringkas.

Bukan itu sahaja, Fattah turut memuat naik foto Amira bersama sejambak bunga dipercayai diberinya selain menggunakan lagu Sampai Akhir nyanyian Judika sebagai muzik latar.

Perkongsian tersebut menguatkan lagi khabar angin dua selebriti berkenaan menjalin hubungan istimewa.

Perkongsian tersebut seterusnya dibanjiri ribuan komen yang mendoakan kesembuhan penyanyi lagu Hati Hati itu dan juga usikan nakal netizen.

Kalau macam ini manisnya, kami yang tengok dan baca pun boleh masuk hospital sebab paras gula terlalu tinggi dalam badan.

“Mesti Amira terus sihat bila lihat Fattah muat naik hantaran ini.

“Rakan sekerja saya tak pernah pun ucap begini, ini kategori istimewa,” usik netizen.

Baru-baru ini, Fattah turut menyangkal dakwaan bakal mendirikan rumah tangga pada 25 Mei lalu dengan Amirah.

Tegasnya, tarikh yang ditularkan itu sememangnya tidak benar dan belum terfikir untuk menamatkan zaman duda.

Terdahulu, hubungan Fattah dan Amira mula mendapat perhatian ramai sejak hujung tahun lalu.

Meski kerap diasak menjelaskan status hubungan mereka, Fattah dan Amira ‘sepakat’ menjelaskan mereka hanya sekadar rakan sekerja. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok