H: Baru tiga hari bersalin, Aaliyah Massaid hadir ke majlis kahwin Al Ghazali
BELUM sampai seminggu melahirkan bayi lelaki, kemunculan selebriti Indonesia, Aaliyah Massaid di majlis pernikahan sahabatanya iaitu Al Ghazali meraih perhatian ramai.
Aaliyah atau nama lengkapnya Aaliyah Annisa Jeffar Massaid, 23, dilihat anggun mengenakan kebaya berona ungu dan diserikan dengan solekan sederhana pada wajahnya.
“Semoga kedua-dua pasangan mempelai ini dikurniakan kebahagiaan yang tiada penghujung,” katanya menerusi satu kapsyen yang dimuat naik.
Turut hadir, suaminya, Muhammad Thariq Halilintar, 26, ke acara majlis pernikahan tersebut.
Perkongsian Aaliyah menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata berpendapat penyanyi itu tidak menjaga pantang selepas bersalin.
“Baru tiga hari bersalin sudah sibuk nak keluar, bukan jaga kesihatan.
“Bersolek dan pakaian macam itu tidak sesuai untuk ibu yang baru bersalin.
“Aaliyah sepatutnya tidak boleh keluar rumah selama 40 hari, pasangan mempelai itu pasti faham kalau tidak dapat hadir ke majlis itu,” antara komen netizen.
Sebelum ini, Thariq dan Aaliyah mendirikan rumah tangga pada 26 Julai 2024.
Pasangan itu dikurniakan anak sulung pada 13 Jun lalu secara pembedahan. – HIBGLAM