BERANI lari daripada genre klise seperti aksi dan seram, filem Balas Balik menghidangkan kelainan yang mampu mengundang 1,001 tanda tanya dalam kalangan penonton.
Mengangkat genre misteri dan penyiasatan, Balas Balik menawarkan sesuatu yang lebih segar sekali gus membawa nafas baharu kepada industri perfileman tanah air.
Sutradaranya, Feroz Kader berkata, tidak mudah untuk menghasilkan sebuah filem yang ingin mencetuskan tanda tanya kepada penonton.
Selepas filem ini siap, kami ada buat penambahan babak sebab selepas tonton secara keseluruhan, ada sesuatu yang kita boleh jentik lagi untuk jalan cerita.
“Sebab itu kami tambahlah lagi babak sebab semua itu untuk beri lagi ‘plot twist’ lagi supaya orang tak boleh jangka penamatnya.
“Paling menarik, para pelakon pun tak tahu jalan cerita sebab saya nak mereka jadi sebahagian daripada penonton,” katanya.

BARISAN pelakon Balas Balik semasa malam gala tayangan filem terbabit.
Mengangkat isu buli dalam sebuah genre penyiasatan, dia berkata topik sebegitu merupakan cetusan idea daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
FINAS sangat bagus kerana beri kepercayaan kepada produksi baru untuk mengangkat tema yang lebih berani sekali gus menghidangkan sesuatu lebih variasi.
“Selalunya kita lihat isu dan tema yang sama, sedangkan genre sebegini pun boleh berjaya cuma perlu percaya kita ada pembikin filem dan penulis yang hebat,” ujarnya.
Dia bahkan yakin pencinta filem hari sudah semakin bijak dalam memilih naskhah yang ingin ditonton selain percaya ramai dahagakan genre berbeza.
“Saya percaya penonton hari ini sudah bijak. ini bukan pertandingan. ini genre berbeza dan beri seustau yang lain kepad apnoenton.
Ini satu persaingan sihat dengan filem bergenre lain dan memang perlu berani sebab kita ada naskhah begini.
“Cuma, saya tak berani nak cakap bagus atau tidak, biarlah penonton yang menilai,” katanya lagi.
Dalam masa sama, dia tidak kisah sekiranya penonton mahu menyamakan Balas Balik dengan naskhah antarabangsa yang bertemakan penyiasatan.
“Dalam proses pembikinan filem, tiada istilah salah atau benar.
Kalau mereka rasa ada persamaaan dengan filem antarabangsa, terpulang untuk membuat penilaian sebab saya terbuka dengan penerimaan dan respons peminat,” jelasnya.
Filem Balas Balik mengisahkan Detektif Zul lakonan Shukri Yahaya yang menyiasat kematian misteri seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bernama Datuk Roslan (Tony Eusoff) yang pada mulanya dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.
Namun, hasil penyiasatan membawa kepada penemuan pelbagai dan dendam dalam kalangan beberapa suspek sekali gus mendedahka. identiti sebenar pembunuh.
Selain Shukri dan Tony, Filem yang menemui penonton di pawagam sejak 29 Mei lalu itu menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Isyariana, Marissa Yasmin, Zarul Husin, Adam Lee, Meor Mohd dan ramai lagi. – HIBGLAM