‘Awak boleh pilih siapa layak jadi bapa terbaik untuk anak’

PELAKON Datin Atikah Suhaime mengakui keputusan berkahwin lewat adalah untuk memilih lelaki tepat sebagai bapa kepada anak-anaknya.

Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 34, berkata, pentingnya seorang wanita untuk memilih lelaki yang mereka ingin hidup bersama kerana setiap keputusan yang dibuat bakal menjadi penentu kepada kebahagiaan dan kestabilan hidup mereka pada masa hadapan.

Ada sebab kenapa saya pilih untuk kahwin lambat, anak tidak boleh memilih siapa untuk jadi bapanya, tetapi awak (wanita) boleh pilih siapa untuk jadi bapa terbaik buat anak-anak,” katanya.

Tambahnya, dia meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan penyayang.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat bertuah kerana mempunyai suami yang selalu memberi sokongan terhadap saya.

Semoga Mulan (anak) menjadi anak yang pintar dan kaya-raya seperti bapanya,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, seorang individu berkata alasan yang diberikan sangat kukuh kerana memberi kesan besar dalam kehidupan anak-anak.

Terdahulu, ibu anak satu itu berkongsi video menikmati makan malam bersama suami di sebuah restoran Jepun dengan bil mencecah RM800.

Rentetan itu, ramai kaum Hawa menyifatkan Atikah sebagai wanita bertuah kerana berjodohan dengan lelaki kaya malah boleh menikmati apa sahaja makanan mewah tanpa memikirkan soal kewangan.

Atikah sah bergelar isteri kepada Datuk Lokman Teh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif jenama penjagaan diri Zaitun pada 21 Januari tahun lalu. Mereka baru sahaja dikurniakan anak perempuan pertama, Lyla Mulan pada 8 Mac lalu. –HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok