LEWAT dua tahun selepas adiknya berkahwin pada 2022, penyanyi Kayda Aziz akhirnya selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hati yang dikenali sebagai Syafiq.
Kayda atau nama lengkapnya Wan Nur Khaleda Roslan, 34, berkongsi berita gembira mengenai pertunangannya menerusi media sosial Instagram miliknya semalam.
Sementara itu, ibunya iaitu penyanyi, Datuk Sheila Majid meluahkan rasa syukur kerana majlis pertunangan anak perempuannya itu berjalan dengan lancar.
Dia mendoakan agar segala urusan sepanjang tempoh darah manis anaknya akan dimudahkan sehingga hari perkahwinan kelak.
Akhirnya Kayda sudah bertunang, semoga Allah permudahkan segala urusan ketika tempoh fasa pertunangannya,” katanya.
Pelantun lagu Legenda itu turut memuat naik video sekitar majlis pertunangan yang berlangsung di sebuah restoran di Ara Damansara.
Berita pertunangan Kayda mendapat reaksi selebriti tempatan antaranya termasuklah Anuar Zain, Ning Baizura, Che Puan Sarimah Ibrahim, Noryn Aziz dan Ella yang menyampaikan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini untuk melangkah ke jenjang pelamin kelak.
Kayda merupakan anak sulung Sheila menerusi perkahwinan pertamanya bersama komposer Roslan Aziz. Lebih dua tahun lalu, anak keduanya Megat Abd. Majid Aziz Roslan juga sudah mendirikan rumah tangga denga Nik Nuralia Nik Fauzi.
Menerusi perkahwinan kedua Sheila bersama pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim (atau lebih popular dengan panggilan Acis), dia dikurniakan dua cahaya mata, Khadeja Zaireen dan Khalefa Laila. – HIBGLAM