SELEPAS reda si suami mahu berpoligami, pelakon dan pempengaruh, Nur Nilam Ortiz kembali menjadi bualan kerana menggayakan tudung yang mendedahkan leher.
Dituduh sengaja mencetuskan kontroversi, isteri kepada pelakon Azlan Komeng itu bertegas, dia bukannya suka-suka tayang leher.
Katanya, buat masa ini dia mengalami kesakitan jika memakai pin tudung pada leher berikutan keadaan luka yang belum sembuh.
Sebelum ini Nur Nilam baru menjalani pembedahan membuang silikon pada hidung serta dagu untuk kembali ke fitrah asal.
Menyedari kekhilafan lampau, dia nekad melakukan prosedur terbabit tetapi malangnya kesan pembedahan menyebabkannya sukar mengenakan pin buat sementara waktu.
Apa pun kita bagi dulu masa, atau mungkin dia sendiri sudah memikirkan cara menutup aurat pada bahagian yang sakit itu.
Teringat pula Diva dengan kes penyanyi Shima yang tak boleh bertudung akibat migrain. Entahlah!
DIVA: Agak-agak, berapalah kutipan filem Keluang Man?