Muak konten bergaduh, putus cinta, tak jadi kahwin

SEJAK minggu lalu, Diva rasa nak naik hantu setiap kali baca cerita tentang pasangan selebriti muda Muntazar Ghufran dan Saidah Kamarudin sudah putus tunang yang salah satu sebabnya ialah pelakon lelaki itu dikatakan tidak berduit.

Mana tidaknya, mereka saling berbalas kenyataan dan tiada segan silu melondehkan aib antara satu sama lain.

Alahai, bukan semua perlu diceritakan kepada umum. Tapi paling Diva geram apabila pelakon lelaki itu mula menunggang isu tersebut dan dijadikan lawak jenaka ketika berniaga dalam media sosial.

Aib sendiri tetapi dijadikan bahan gurauan. Sudah-sudahlah bergaduh dalam media sosial sebab rasa muak nak baca waima tajuk sekali pun.

Belajarlah kawal kemarahan dan bergaduh secara privasi sahaja. Bukan semua perkara perlu dimuat naik dalam media sosial.

Harap kedua-duanya belajar daripada kesilapan sendiri. Mungkin ada hikmah Tuhan pisahkan anda berdua, siapa tahu ada jodoh lebih baik menanti pada hari mendatang.

DIVA: Tolong pergi tonton filem Martabat Misi Berdarah di pawagam, tak kering gusi dibuatnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok