Fara, Shuk percayalah Tuhan, sudah-sudahlah dedah aib

SEMAKIN dahsyat kemelut rumah tangga antara pelawak Shuk Sahar dengan isterinya, Fara Salleh yang tampak bagai tiada kesudahan.

Selepas mendakwa suaminya sengaja tidak hadir ke mahkamah untuk pendaftaran pernikahan mereka, wanita terbabit kembali bersuara.

Kali ini Fara yang sarat hamil mendakwa lelaki berusia 39 tahun itu membuat perkara menjijikkan iaitu melanggan perempuan dalam aplikasi online.

Menurutnya, dia mendedahkan perkara itu selepas Shuk asyik memanggilnya sebagai pelacur dan perempuan murah sedangkan dia sendiri ‘melanggan’ dalam Telegram.

Pada masa sama, Fara turut mencabar Shuk agar mengemukakan bukti kepada umum sekiranya benar dakwaan dirinya pernah menjual badan seperti digembar-gemburkan.

Seram pula Diva baca isu tuduh menuduh ini, cuma harapnya itu sekadar luahan orang tengah marah. Tapi apa pun esok lusa kalau anak dah besar malu pula baca kisah pertelagahan ibu bapa mereka.

Lebih elok selesaikan sahaja sesama sendiri sebab pasti ada yang tertepuk tangan berbanding mendoakan yang lebih baik.

DIVA: Bukan artis muda sahaja suka buka aib dalam media sosial, yang ‘tua bangka’ pun sama. 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok