‘Semoga awak selamat di neraka’ – Caitlyn Jenner dikecam sokong Israel 

BERADA di Tel Aviv ketika peperangan antara Israel dan Iran tercetus sebagai tanda sokongan, pempengaruh media sosial Caitlyn Jenner meraih kecaman hebat netizen.
Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan pemilik nama lengkap Caitlyn Marie Jenner, 75, yang meluahkan keterujaan dapat bersama rakyat Israel sepanjang berlaku peperangan.
“Mereka mulakan serangan terlebih dahulu. Apa yang kamu nak doakan?,” kata netizen.
Saya doakan awak tiba dengan selamat dalam neraka kelak. Amin,” tutur netizen lain.
“Jadi, kita menyokong mereka walaupun mereka yang menyerang dahulu? Serangan tanpa provokasi bukanlah satu tindakan mempertahankan diri tetapi adalah tanda keagresifan dan sepatutnya dianggap memalukan,” ujar netizen.
Menerusi hantaran dalam aplikasi X, Caitlyn atau lebih dikenali sebagai Bruce Jenner berharap orang ramai mendoakan keselematannya di sana.
“Malam yang ‘tenang’ di Tel Aviv. Doakan kami semua, kami akan bertahan.
Saya gembira dapat berdiri bersama Israel hari ini, lebih daripada sebelumnya,” katanya.
Beberapa jam lalu, bintang siri televisyen Keeping Up With The Kardashians itu mengakui menerima petanda bahawa Iran bakal memberi serangan kepada bumi Israel.
“Kami kembali ke tempat perlindungan di Tel Aviv.
Nampaknya, ini adalah gelombang serangan ketiga dari Iran,” ujarnya.
Sebelum ini, angkatan tentera Iran berjanji akan melancarkan serangan balas tanpa had terhadap Israel susulan serangan berdarah Tel Aviv ke atas sebilangan bandar termasuk ibu negara, Tehran.
Israel membedil Iran dalam siri serangan udara besar-besaran, menyerang 100 sasaran termasuk tapak nuklear dan ketenteraan Tehran.
Rejim Zionis turut membunuh ketua staf angkatan tentera, ketua Pengawal Revolusi Iran dan lebih enam saintis nuklear negara musuhnya.
Malam semalam, Iran melancarkan ratusan peluru berpandu balistik ke arah Israel menyebabkan tujuh orang cedera. – HIBGLAM
Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok