Miley Cyrus hidap takikardia

TAMPAK energetik, hakikatnya penyanyi dan pelakon Miley Cyrus pernah berdepan masalah masalah kesihatan yang kronik ketika membintangi siri Disney, Hannah Montana.

Bintang sensasi berusia 32 tahun itu mendedahkan dia didiagnosis masalah jantung yang berdetak laju daripada normal atau disebut takikardia.

Katanya, waktu itu dia masih berumur 14 tahun selain berada di puncak populariti sebagai tunjang utama siri popular berkenaan.

Begitupun, penyanyi lagu Wrecking Ball tetap bersemangat menjalani kehidupan dengan lebih positif selain mendapatkan rawatan.

Walaupun tidak diselubungi trauma, Cyrus mengakui insiden tersebut tetap berbekas dalam ingatannya.

“Saya tidak menganggap situasi yang saya lalui sebagai trauma kerana banyak kejadian lain yang lebih teruk berlaku sepanjang bergelar anak seni,” katanya.

Menceritakan pengalamannya, kali pertama gejala takikardia terjadi adalah ketika di hadapan lebih 100,000 mempromosikan Hannah Montana.

Akuinya, pada peringkat awal kondisi tersebut disangka hanya kesan daripada kadar gula dalam darah rendah.

“Semua orang cakap saya kurang gula asyik makan biskut sahaja tetapi saya rasa ada yang pelik, jantung saya berdetak sangat cepat dan tidak teratur,” ujarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok