Blake Lively besar kepala, sombong?

NAMA pelakon Blake Lively kembali hangat ketika kes kontroversi berkenaan dakwaan gangguan seksual membabitkan aktor dan pengarah, Jason Baldoni masih dalam proses mahkamah.

Kali ini isteri kepada pelakon Ryan Reynolds itu dikatakan berlagak sombong ketika membeli-belah di sebuah butik berjenama di New York.

Perkara tersebut dikongsikan seorang wanita dalam laman sosial yang mendakwa Lively menunjukkan sikap ‘bossy’ kepada pekerja butik berkenaan.

Biarpun hantaran pengguna TikTok itu sudah dipadam, kisah pertemuannya dengan bintang Gossip Girl itu tetap diulang siar pihak lain dan diperkatakan netizen.

Itu benar-benar pengalaman yang buruk. Saya tidak tahu bagaimana dia masih punya peminat,” kata netizen terbabit dalam video.

Menurut individu terbabit, sejak melangkahkan kaki masuk ke butik, Lively sudah menunjukkan sikap bongkak dengan bercakap kasar.

Malah, aktres itu juga didengari membuat permintaan merepek bertanyakan sama ada terdapat bilik air privasi di situ serta hanya mahukan barangan baharu yang belum disentuh pelanggan lain.

Dakwanya lagi, disebabkan terlalu asyik memilih dia turut tidak mempedulikan anak-anaknya yang dibawa bersama ketika membeli-belah.

Lively juga dikecam apabila seorang pengawal peribadinya sibuk memerhatikan pelanggan lain seolah-olah orang lain tidak berhak berada di lokasi sama. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok