15
SEBELUM ini, lagu irama padang pasir sinonim dengan Nuha Bahrin tetapi kini muncul seorang lagi penyanyi yang memperjuangkan genre sebegitu iaitu Syed Iqbal.
Merupakan adik kepada pendakwah bebas Dai Syed, dia muncul dengan single terbaharu berjudul Basstamam hasil ciptaan Amir Hufaz dan Wan Saleh.
Tidak memerlukan masa yang lama, lagu tersebut mula tular dalam media sosial khususnya TikTok dan meraih perhatian pencinta muzik dari Indonesia.
Basstamam juga berjaya mencipta trend tersendiri dalam TikTok iaitu trend Wahai Bulan Purnama (dipetik dari lirik) yang rata-rata netizen mendedikasikan lagu tersebut kepada insan tersayang.
Video muzik Basstamam juga kini meraih lebih 250,000 tontonan sejak dilancarkan minggu lalu. – HIBGLAM