Mohon maaf, saya akan lebih berhati-hati selepas ini – Atikah Suhaime

PELAKON Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa terkilan dan memohon maaf berikutan hantaran dalam media sosialnya  menimbulkan salah faham ramai.

Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 34, berkata, sebagai individu yang tidak mempunyai ramai kawan, dia menggunakan media sosial sebagai medium berkongsi ilmu dengan pengikut.

“Sejujurnya, saya kesal dengan segelintir pihak yang buat andaian lain atau pandang negatif terhadap hantaran yang saya buat sebelum ini.

“Saya mohon maaf atas ciapan yang dimuat naik beberapa hari lalu dan akan lebih berhati-hati selepas ini dalam hal berkaitan agama.

“Mengenai hantaran saya berasa sayu setiap kali Aidiladha menjelang kerana kasihan memikirkan haiwan yang sudah dibela sejak dari kecil,” katanya.

Tambahnya, dia akan lebih berhati-hati membicarakan persoalan agama  yang boleh mencetuskan isu lain.

“Apabila saya berkongsi pendapat dalam media sosial, ianya boleh diolah semula oleh pihak yang tertentu.

“Ada juga yang mengeluarkan kenyataan mengatakan saya mempersoalkan hal agama walhal saya tidak berkata apa-apa,” katanya lagi.

Sebelum ini, Atikah Suhaime menyuarakan pandangan mengorbankan haiwan yang dipelihara sejak kecil sebagai tindakan kejam dan mendakwa banyak pihak tersalah anggap dengan kenyataannya itu. –  HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok