‘Idam ‘man provider’, saya mahu main kuda je’

SAYA nak ‘man provider’ seratus peratus sebab kita nak main kuda sahaja.”

Demikian kata pelakon Shiqin Kamal yang masih menantikan kemunculan calon suami stabil kedudukan kewangan bagi membolehkannya meneruskan hobi berkuda.

Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 34, yang tidak pernah berdepan kontroversi percintaan memaklumkan dirinya masih lagi solo sekali gus terbuka untuk mengenali seseorang.

“Saya masih ‘single and available’ (solo) . Sekarang saya memang tak ada sesiapa, kalau tengok Instagram saya kini aktif berkuda.

Jadi, hati saya kini dimiliki kuda. Saya bukan la nak cari lelaki yang main sukan kuda. Bagi saya, aktiviti berkuda ni macam ‘healing’.

“Kalau terjumpa seseorang yang ada minat yang sama, Alhamdulillah. Tapi kalau tak jumpa, tak apa, kita tak mencari,” katanya kepada HibGlam ketika malam gala filem Martabat Misi Berdarah, semalam.

Bercakap mengenai sukan berkuda, pelakon filem Reversi itu menyimpan hasrat untuk mengharumkan nama negara dalam sukan berkuda dan akan menyertai pertandingan pertama pada hujung bulan ini di Sendayan, Negeri Sembilan.

“Saya aktif berkuda sebab dah jadi satu hobi. Lagipun, saya pun dah pasang niat sebelum umur 40 tahun, saya nak mewakili Malaysia dalam SEA Game.

Saya memang dah pasang niat dan lebih serius sejak tahun lalu. Insya-Allah buat pertama kali saya akan sertai pertandingan berkuda pada hujung bulan ini.

“Ikutkan saya mula aktif berkuda dan memanah sejak lima tahun lalu bersama Natasha Hudson tapi waktu itu ‘on and off’.

Tapi akhir tahun lalu, saya mula serius semula dan belajar jumping. Kalau tak boleh nak banggakan rakyat Malaysia dengan lakonan, kita banggakan dengan kemahiran yang ada,” ujarnya lagi.

Berkongsi lanjut, Shiqin mengakui sukan tersebut mengubah hidupnya terutama menjadi lebih kuat dan tenang mendepani dunia luar.

“Rasa kekuatan diri, tak senang nak jatuh kuda naik balik. Itu mengajar jadi kuat bukan sekadar dalam aktiviti bersukan tetapi di mana-mana pun.

“Dengan kuda kita boleh bertenang, baru kuda boleh berjalan. Dalam kehidupan ada masalah nak mengamuk.

“Bila berkuda, sangat tenang. Ada masalah, mesti ada penyelesaian. Benda itu boleh aplikasi dalam kehidupan,” jelasnya. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok