BARU-BARU ini berlangsung festival Tudum Netflix di Kia Forum, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Pastinya acara penuh gilang-gemilang tersebut ‘membocorkan’ teaser siri dan naskhah popular Netflix musim baharu termasuklah Stranger Things, Wednesday, Squid Game dan One Piece.
Ramai juga yang merungut. Contohnya musim terakhir Stranger Things dibahagikan kepada tiga bahagian yang masing-masing akan diluncurkan pada 26 November, 25 Disember dan 31 Disember 2025.
Ini semua modus operandi Netflix untuk memastikan peminat setia naskhah popular tersebut kekal melanggan. Itulah yang dikatakan 101 show biz atau adat berniaga.
Selain itu, antara yang menjadi sebutan pada Tudum Netflix 2025 termasuklah pengumuman Lady Gaga sebagai salah seorang pelakon siri Wednesday.
Gaga yang akan melakonkan karakter Rosaline Rotwood – seorang guru di Nevermore Academy turut mengadakan persembahan penutup di Kia Forum mendendangkan hit Zombieboy, Bloody Mary dan Abracadabra. – HIBGLAM