TAMPAK tegas, hakikatnya penerbit muzik tersohor Simon Cowell turut memiliki hati yang mudah tersentuh seperti insan lain.
Juri program realiti America’s Got Talent itu mendedahkan pernah hilang arah sehingga kemurungan selepas kehilangan kedua-dua orang tuanya.
Cowell, 65, mengakui kehadiran anak tunggalnya, Eric yang kini berusia 11 tahun dianggap sebagai penyelamat sekali gus ‘menariknya’ keluar dari lembah duka.
“Menjadi ayah membawa impak luar biasa bagi saya. Saya kehilangan bapa pada 1999 disusuli pemergian ibu saya pada 2015 yang membuatkan hidup saya kosong.
“Lalu Eric datang dan menyelamatkan saya. Rasa cinta itu kembali, bahkan seratus kali lebih kuat. Ini luar biasa dan tak pernah hilang,” ujarnya.
Eric adalah satu-satunya zuriat hasil perkongsian hidup Cowell dengan tunangnya, Lauren Silverman, 47. – HIBGLAM