TIBA-TIBA sahaja resepsi pelakon Indonesia, Amanda Rawles dengan ahli perniagaan, Adriel Susanteo di Mona Farm, Braidwood, New South Wales, Australia pada 27 Mei lalu menjadi tumpuan peminat Malaysia.
Rupa-rupanya ada kelibat pelakon kesayangan ramai, Anna Jobling kelihatan dalam acara penting membabitkan keluarga besar pasangan pengantin baharu itu.
Pelakon filem Duyung: Legenda Aurora itu tampak akrab dengan adik kepada mempelai lelaki juga bekas anggota boyband Super 7, Karel Susanteo yang kini aktif sebagai penyanyi solo dan pelakon.
Daripada foto dan video dikongsikan dalam laman sosial, sememangnya hubungan aktres berdarah kacukan itu dengan si jejaka kacak terbabit bukan biasa-biasa. Banyak gambar berdua yang menampakkan kemesraan seolah-olah sudah berhubungan lebih daripada teman tapi mesra.
Kalau tengok keserasian, kedua-duanya sama cantik sama padan jadi kalau betul bercinta pun memang ramai yang restu.
Dua-dua pun single, tiada masalah atau isu jika mereka berkongsi perasaan. Jarak bukan penghalang kerana Anna pun kerap ke Indonesia atas komitmen kerja.
DIVA: Khabarnya ada selebriti nak umumkan pernikahan selepas raya haji.