KATA orang, tak kenal maka tak cinta.
Mungkin itu yang terjadi kepada sebilangan ‘peminat’ baharu Aina Abdul selepas menonton rendisi luar biasa lagu Cinta pada konsert Melly Goeslaw baru-baru ini.
Lagu tersebut lazimnya dijayakan dua penyanyi tetapi Aina ‘tapau’ naskhah berhantu yang asalnya dinyanyikan Melly dan Krisdayanti secara berseorangan.
Menjengah laman TikTok, rata-rata pengguna mengakui kehebatan Aina sehingga ada yang kini mula mengaku peminat pemenang 3 kali trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) itu.
“Dengar suara Aina secara live (langsung). Insya-Allah kalian akan jatuh cinta.
Saya bukan peminat Aina sebab saya layan genre (muzik) berbeza tapi persembahannya memang fire (hebat!).
“Cukup-cukuplah kecam dia sebab pakaian. Hargai sahaja suara dan bakatnya. Tiada siapa paksa kamu jadi peminatnya,” demikian antara komen netizen dalam TikTok