Cat Farish menangis, rugi besar angkara scammer

KASIHAN dengar luahan pasangan suami isteri, Cat Farish dan Shikin Maembong yang kerugian besar selepas ditipu seseorang.

Difahamkan kejadian berlaku  pada awal tahun ini membabitkan penganjuran sebuah festival jualan di Ipoh, Perak.

Penyanyi dan komposer berusia 50 tahun itu tidak menyangka individu yang bertindak sebagai pengurus acara tergamak menipu hasil keuntungannya.

Dalam satu temu bual Cat memaklumkan dia dan isteri mengambil alih urusan penganjuran festival berkenaan atas sebab tertentu.

Namun individu terbabit turut mengendalikan hal kewangan serta perincian acara tetapi apabila festival berakhir dakwanya pihak terbabit beri banyak alasan.

Seram apabila baca hal sebegini sebab ini bukan kes pertama membabitkan selebriti. Kalau personaliti popular pun berani ditipu, apatah lagi kita orang biasa ni.

Maknanya individu tidak bertanggungjawab itu sedar impak jika artis yang terkena mendedahkan perbuatan mereka kepada umum.

Baru-baru ini pun ada dua selebriti membongkar perbuatan jahat seorang individu membabitkan sejumlah wang yang besar. Alahai, senang sahaja nak sakau hasil keringat orang lain.

DIVA: Kita doakan insan-insan teraniaya kena scam dapat kembali duit mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok