Bercium, Shabrina, Fajar Indonesian Idol dikecam

BAGAI sengaja mencetuskan bala, tindakan juara Indonesian Idol musim ke-13 Shabrina Leonar, memuat naik video berkucupan dengan kekasihnya, Fajar Noor mengundang padah.

Walaupun memadam hantaran di laman sosial itu dengan segera akibat dikecam, ramai pengikut sempat mengulang rakam dan berkongsi semula momen ciuman tersebut dalam pelbagai platform.

Dalam video berkenaan, anak jati Belitung itu berkongsi video time-lapse yang memaparkannya sedang menata rias wajah Fajar atau Fajar Nurdiansyah, 21.

Selepas itu mereka dilihat saling berkucupan.

Perbuatan Shabrina atau Bina, 24, dan naib juara pertandingan sama itu mencetuskan kemarahan ramai selain disifatkan sebagai kurang bermoral.

Tak malu ke dengan senior Indonesian Idol yang lain? Belum popular sudah ada skandal.

“Kenapa Bina kongsi content seperti ini? Mereka tidak tahu ke artis selalu menjadi perhatian ramai,” tulis netizen.

Begitupun, masih ramai peminat yang memberikan sokongan terhadap dua bakat baharu tersebut sekali gus menyelar pihak yang memuatnaik semula video kontroversi mereka.

“Sudah-sudahlah. Ayuh kita move on. Teruskan sokong kerjaya mereka,” kata seorang pemilik akaun.

“Kan sudah dipadam. Kenapa disebarkan lagi? Jangan terus hukum mereka,” ujar pengikut lain.

Terdahulu, selepas dinobatkan sebagai pemenang Indonesian Idol 13 pada 19 Mei lalu Shabrina mendedahkan menjalin cinta dengan Fajar sejak awal pertandingan.

Shabrina yang mencetuskan fenomena dalam pertandingan tersebut sebelum ini pernah bergelar juara World Champion Karaoke World Championship pada 2021. – HIBGLAM 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok