Sheila On 7 turun Malaysia Julai ini

SELEPAS tujuh tahun, kumpulan popular Indonesia, Sheila On 7 (SO7) bakal kembali ke Malaysia menjayakan festival muzik Latihan Pestapora yang akan berlangsung Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Julai depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Hitman Group berkata, S07 kembali membuat persembahan di Malaysia bukan hanya sebuah persembahan tetapi merupakan detik yang bersejarah.

Kali terakhir SO7 beraksi di Malaysia adalah menerusi Konsert Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur di Starxpo Centre, Kenanga Fashion Mall (KWC) pada 2018.

Pengarah Festival Pestapora dan Pengasas Bersama Boss Creator, Kiki Ucop berkata, kemunculan S07 bersama dua kali penyanyi iaitu Nadin Amizah dan ALVN membuktikan festival tersebut berjaya menggabungkan muzik dari dua buah negara.

”Pestapora adalah sambutan muzik dan komuniti. Membawa semangat ini ke Malaysia adalah langkah yang tepat dan sangat bermakna buat kami.

“Dengan S07, Nadin dan ALVN sebagai tambahan dalam ‘lineup’, kami berharap dapat mengukuhkan lagi hubungan antara dua negara dalam satu malam yang penuh jiwa, muzik, dan kenangan,” ujarnya.

Sebelum ini Latihan Pestapora sepatutnya berlangsung di Surf Beach Sunway Lagoo, Subang.Latihan Pestapora merupakan Hitman Solutions dan Boss Creator, pasukan asal di sebalik kejayaan festival ikonik Pestapora yang setiap tahun diadakan di Jakarta.

Selain SO7, penyanyi lain bakal membuat persembahan termasuklah Kunto Aji, Pamungkas, Bunkface, Hindia, Barasuara, Aziz Harun, Bittersweet dan Salammusik. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok