‘Hun Haqeem tak tingal solat, pandai kopekkan udang’

KEPERIBADIAN pelakon Hun Haqeem yang tidak culas menunaikan solat meskipun sibuk di lokasi penggambaran dilambung pujian selepas momen itu dirakam dan dikongsi penyanyi, Ayda Jebat.

Menerusi satu hantaran dalam Instagram Story, Ayda atau nama sebenar­nya Nur Suhada Jebat, 33, meluahkan rasa kagum terhadap disiplin Hun sebagai seorang Muslim yang menjaga ibadah walau di mana berada.

“Siapa berminat, boleh terus mesej langsung (DM) Hun Haqeem.

Baik, solat tak tinggal. Kadang-kadang kelakar, pandai kopekkan udang dan ikan.

“Single katanya,” tulis Ayda berseloroh dalam kapsyen disertakan foto Hun sedang solat.

Ayda yang pernah bergandingan dengan Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 27, dalam beberapa projek sebelum ini turut memuji sikap pelakon muda itu sebagai seorang lelaki berperwatakan sopan, mudah mesra dan disenangi ramai.

TANGKAP layar perkongsian Ayda mengenai Hun yang tidak culas solat meski terikat dengan penggambaran.

Sikap Hun yang menjaga ibadah turut mendapat perhatian netizen selepas foto tersebut dikongsi semula oleh peminat dalam TikTok.

Rata-rata memuji ketampanan pelakon drama Kampung People itu yang dikatakan seimbang rupa dan akhlak.

“Kacak luar, kacak dalam, untung siapa yang dapat Hun sebagai suami,” komen netizen.

Jarang tengok lelaki muda jaga solat masa kerja. Ada tapi tak ramai, memang salute,” komen seorang pengguna media sosial.

“Dia ni dah cukup pakej. Kalau masih single, rugi siapa tak cuba,” tulis seorang lagi peminat.

Ada juga yang mendoakan agar Hun terus kekal istiqamah dalam menjaga amal ibadah meskipun semakin popular dalam industri hiburan tanah air.

Dengan populariti yang terus melonjak, Hun dilihat bukan sahaja menambat hati peminat kerana rupa parasnya kacak, malah keperibadian tenang dan merendah diri menjadikannya antara pelakon muda paling disegani masa kini. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok