PELAKON dan usahawan, Risteena terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis Sabah selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan seorang penduduk tempatan di sana baru-baru ini.
Risteena atau nama sebenarnya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 36, bagaimanapun berkata, bukan semua orang Borneo atau Sabah tergamak melakukan penipuan demi mendapat keuntungan segera.
Saya lebih banyak sertai acara di Sabah berbanding di tempat sendiri. Saya suka datang Sabah, orang Sabah semuanya baik-baik dan sangat menyokong.
“Ramai juga kawan saya di sini. Janganlah hanya ada beberapa kes yang jadi baru-baru ni, kita terus menyalahkan orang Sabah,” katanya menerusi satu hantaran Instagram.
Kakak kepada pelakon Ruhainies itu percaya, di mana-mana pun akan ada individu yang berniat jahat demi mengaut keuntungan.
Kita semua manusia sama saja walau di mana pun berada. Bagi saya di mana-mana pun akan ada kes sebegini. Semoga kita semua ambil pengajaran untuk tidak mudah percaya orang yang tak dikenali,” katanya lagi.
Sementara itu, suami Risteena iaitu Isa Khan memuat naik satu hantaran dalam Instagram Story dengan memberi bayangan, jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
“Untung isteri aku baru je bagitahu fasal scammer (itu), kalau tak dari dulu lagi aku dah cari musibat (itu).
Nak beli barang, bayar oi. Bukan barang bapa kau punya. Orang Sabah ramai yang baik, kau bikin nama orang sini busuk saja,” tulisnya menerusi hantaran terbabit.
Difahamkan, Risteena dan suami menjadi mangsa scam seorang wanita di Sabah yang sebelum ini pernah melakukan modus operandi sama terhadap seorang usahawan lain mengakibatkan kerugian berjumlah RM200,000. – HIBGLAM