Usahawan merangkap pempengaruh Asyraf Khalid mengakui kesilapan isterinya, Tya Arifin berhubung isu memakai tudung tetapi tanpa sengaja memperlihatkan rambut sehingga mengundang kritikan ramai.
Asyraf turut memberi jaminan, Tya yang juga pelakon sudah ambil iktibar dan akan lebih berjaga-jaga soal aurat bagi mengelakkan kesilapan sama tidak berulang lagi.
Isteri saya masih muda lagi, Tya ambil iktibar daripada isu tersebut sebagai satu proses pembelajaran baginya untuk istiqamah memakai tudung dengan bertutup sepenuhnya.
“Perkara ini berlaku di luar jangkaan, jadi saya hanya terus memberi dorongan dan sokongan untuk Tya terus bertudung dan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.
Asyraf juga berharap agar netizen memiliki rasa empati terhadap kelalaian isterinya.
Kita sama-sama doa kepada Tya agar dia boleh jadi lebih baik pada masa akan datang dan tidak mengulangi kesilapannya.
“Saya selalu nasihat kepada Tya untuk bersabar dan setiap cabaran yang diberi oleh Allah akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik,” ujarnya ketika ditemui pada majlis Anugerah Inspirasi PTTI dan RoadTour Skor A+ SPM 2025 di sini semalam.
Dalam masa sama, mereka turut menerima dengan hati terbuka segala kecaman daripada netizen mengenai isu tersebut.
Ashraf berkahwin dengan Tya yang juga pelakon Indonesia pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5. – HIBGLAM