SEMPENA ulang tahun ke-30 yang jatuh pada tanggal 1 Jun, pelakon juga pengacara Janna Nick dibanjiri doa agar dikurniakan rezeki menimang cahaya mata dalam tempoh terdekat.
Terharu dengan ucapan ramai, Janna atau nama penuhnya Nurul Janna Muner berterima kasih kepada semua, namun dalam masa menafikan dirinya kini berbadan dua susulan video yang dimuat naik dalam Instagram.
Tahun dan fasa yang baharu. Sangat bersyukur. Alhamdulillah dengan setiap kasih sayang yang diterima dan diberikan.
“Tidak, saya belum hamil lagi. Terima kasih untuk semua ucapan dan rasa sayang daripada anda semua,” katanya dalam Instagram.
Dalam video yang dimuat naik, Janna menerima sebuah tas tangan berjenama mewah daripada suami tercinta, Dini Schatzmann dan sepucuk surat berisi mesej romantis.
Sementara Dini pula berharap dapat menyambut ulang tahun kelahiran Janna seumur hidupnya.
Ini hari ulang tahun kelahiran awak. Semoga kita dapat menyambutnya bersama selama-lamanya.
“Semakin tua, cantik, rambut beruban tetapi rasa cinta bertambah untuk awak sayang,” ujarnya.
Dalam ruangan komen, netizen rata-rata berharap Janna dapat meraikan ulang tahun kelahirannya tahun depan bertiga (anak).
“Semoga panjang umur Janna, semoga ada rezeki awak dan Dini akan bertiga tahun depan.
Selamat hari jadi Janna, harap doa untuk memiliki anak menjadi realiti segera,” komen netizen.
Terdahulu, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga di Langkawi, Kedah pada 10 Jun 2023.
Janna juga pernah meluahkan berasa tertekan kerana masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. – HIBGLAM