‘Sangat jahat, buktikan bila saya tegangkan kulit!’

WAJAH dikatakan berubah, pelakon Lindsay Lohan menangkis spekulasi dia melakukan operasi menegangkan kulit.

Menurut wanita berusia 38 tahun itu, dia belum pernah terfikir untuk menjalani pembedahan bagi mengubah penampilannya.

Lohan menegaskan kemungkinan besar ramai mula menyedari perubahan kulitnya selepas menimang cahaya mata yang kini berusia dua tahun.

Katanya, evolusi pasti dilalui setiap wanita terutama selepas melahirkan dan kebetulan dia ada masalah kulit yang menuntutnya menjalani rawatan.

Itu sangat jahat. Bila saya jalani pembedahan? Di mana? Kalau ada buktikan. Saya cuma tukar rutin dan gaya hidup,” katanya.

Wakil pengurusan Lohan yang kini tinggal di Dubai turut memberikan penjelasan selain menyatakan tuduhan tersebut sengaja disebarkan puak pembenci. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok