BAKAT lakonan Azhan Rani memang tak perlu dipertikaikan lagi. Lemparlah watak apa pun, memang akan disempurnakan dengan cemerlang.
Drama Seribu Tahun baru-baru ini sekali lagi berjaya membuatkan ramai terkedu dengan kehebatan lakonannya sebagai lelaki yang ada penyakit pelupa.
Memang menyerlahkan sisi berbeza Azhan dan mendapat pujian sampai ke hari ini.
Ada juga komen netizen yang Diva lihat sudah mula berkempen untuk mengundi dan mengangkat Azhan sebagai pelakon lelaki popular serta bintang paling popular.
Diva pun terkejut dengan respons peminat malah tidak menyangka lakonan Azhan berjaya meninggalkan impak luar biasa.
Inilah yang kita mahukan, beri hasil terbaik dan penonton pun suka. Janganlah sibuk nak jual kontroversi semata-mata mahu menjadi bahan bualan ramai.
Diva: Dengarnya ramai ajak Hafidz Roshdi lawan tinju.