SEJAK Ameera Khan dan Jefri Nichol mengesahkan hubungan cinta mereka, macam-macam respons Diva baca dalam media sosial.
Ada yang mengecam dan tidak kurang juga menyokong dengan mendoakan hubungan pasangan itu berkekalan. Namun entah kenapa Diva rasa sejak kebelakangan ini foto yang dikongsi semakin berani.
Terbaharu, gambar ketika mereka bercuti bersama di sebuah pulau baru-baru ini.
Memang sama cantik sama padan tetapi ada beberapa foto yang tidak sepatutnya dimuat naik dalam media sosial. Cukup sebagai simpanan peribadi sahaja.
Antara gambar yang mengundang rasa kurang senang ramai, Ameera dilihat duduk di atas riba Jefri yang sedang bermain permainan video.
“Tak perlu kot kongsi foto begitu. Tolonglah ada ustaz yang tegur.
“Rasa nak bersangka baik, mungkin mereka sudah nikah sebab itu berani bergambar macam itu,” kata netizen.
Diva pun tak tahu nak cakap apa sebab masing-masing pun sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri untuk menegur.
Mungkin bagi mereka perkara normal. Tak mengapalah, beri masa. Mungkin perlahan-lahan berubah.
Diva: Drama Melayu zaman sekarang memang boleh buat penonton sakit jantung.