GARA-GARA menggunakan gambar milik seorang Paparazzi dalam laman sosial peribadi, penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez atau JLo bakal berdepan tindakan undang-undang.
Ini kerana jurugambar yang merakam foto selebriti sensasi terbabit mendakwa JLo tidak meminta izin, bahkan hantaran dibuat merupakan promosi berkaitan majlis dihadiri.
BBC melaporkan, tuntutan diajukan Edwin Blanco dan agensinya, Blackgrid membabitkan nilai sekitar RM630,000 bagi setiap gambar yang digunakan tanpa izin.
Antara rakaman momen didakwa milik Blanco adalah ketika Pesta Amazon MGM Studios dan Vanity Fair, di Los Angeles, selain acara di Anugerah Golden Globes Awards pada Januari lalu.
Edwin dan Backgrid mengambil tindakan undang-undang agar selebriti berusia 55 tahun itu bertanggungjawab atas kesalahan pelanggaran hak cipta.
Ini bukan pertama kali JLo berdepan tuntutan itu kerana pada 2019 dan 2020 dia pernah melakukan hal serupa.
Selain JLo, Dua Lipa, Gigi Hadid dan Khloe Kardashian juga pernah berdepan saman daripada agensi Paparazzi Backgrid dan Edwin. – HIBGLAM