Pakai tudung tapi jahat, bencinya kat Haziqah!

PERNAH mencetuskan fenomena pada edisi lalu, drama popular Aku Bukan Ustazah kembali lagi untuk musim kedua.

Jika pada musim pertama watak Dr. Omar lakonan Zahiril Adzim mencetuskan kebencian ramai, tahun ini giliran Syad Mutalib sebagai Haziqah pula.

Suka menyuruh, melawan cakap suami dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu antara sikap Haziqah yang mengundang kemarahan ramai.

Dia yang merupakan kakak ipar kepada Aminah (Erysha Emyra) menuai banyak kecaman dalam media sosial sehingga ada yang menolak untuk menonton drama tersebut kerana bimbang diserang penyakit darah tinggi.

“Meluat betul dengan perangai Haziqah, rasa nak tarik tudung dia.

Pakai tudung tapi perangai jahat. Bila agaknya Aminah nak habis meroyan, penat nak benci Haziqah,” komen netizen.

Drama yang turut dibintangi MK K-Clique, Nabil Aqil dan Shaza Bae itu kini rancak ditayangkan setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam di TV3. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok