69
UMUM tahu, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang lincah menari setiap kali mengadakan persembahan pentas. Berilah lagu rancak apa pun, pasti akan diserikan dengan tarian yang lincah.
Terbaharu, Siti sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila rancak menari lagu Like Jennie milik Jennie.
Dalam video TikTok yang dimuat naik Siti, dia dilihat turut menari bersama tiga lagi penari lain dan perkongsian tersebut meraih ribuan pujian daripada netizen. – HIBGLAM