‘Parti ‘birthday’ saya bukan di kelab malam, tiada arak’

RUMAH, bukan kelab malam. Tiada minuman keras.”

Demikian penjelasan pempengaruh dan penyanyi, Cik B selepas rakaman videonya berparti di sebuah lokasi disangka pusat hiburan tular dalam media sosial.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, tampil mempertahankan diri selepas didakwa terbabit dengan aktiviti kurang bermoral yang menjadi contoh buruk kepada remaja lain.

Di sini saya ingin jelaskan keadaan sebenar, ini (acara) adalah di rumah. Kami ada lampu dan persembahan artis lokal, DJ (disc jockey) dan ramai tetamu.

“Tempat ini bukan kelab malam dan tidak membabitkan sebarang minuman beralkohol,” katanya dalam ruangan komen di TikTok.

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu memperjelaskan suasana pesta ulang tahun ke-20 yang masih diperkatakan ramai sehingga hari ini.

Pada sambutan tersebut, kelihatan Cik B menari mengikut rentak bersama puluhan tetamu lain yang turut berdansa dikelilingnya.

Dalam beberapa foto dan video dikongsikan dalam TikToknya sendiri, turut kelihatan adalah bahagian luar lokasi acara.

Begitupun, suasana dalaman yang dikatakan seakan-akan pusat hiburan ditambah kemunculan DJ membuatkan pengikut salah sangka.

Biarpun sudah memberi penjelasan, rata-rata netizen meminta penyanyi lagu Tolonglah itu berwaspada dalam memilih sahabat.

Berhati-hatilah memilih kawan. Jangan sampai orang ambil kesempatan terhadap awak, disanjung bila perlu sahaja,” kata seorang individu.

“Ingat, kawan suka ramai. Kawan berduka sukar nak cari,” tulis netizen lain. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok