‘Selesa rambut pendek, rasa bagai dilahirkan semula’

PELAKON Sweet Qismina mengakui pernah ada pemikiran wanita berambut pendek kelihatan seperti lelaki ada tomboi.

Namun menurut Sweet atau nama penuhnya Farhanna Qismina Supandi, 27, persepsi tersebut berubah selepas dia memilih untuk menukar potongan rambut baru-baru ini dan berasakan dirinya seperti dilahirkan semula.

“Empat bulan saya berambut panjang, rasa sangat rimas. Pada awalnya nak rambut paras bahu sahaja tetapi ramai cadangkan potongan pendek sebab kata mereka rambut boleh tumbuh semula.

Sebenarnya ini rambut paling pendek saya pernah potong dan suami pun sangat suka.

“Rambut ini beri saya lebih keyakinan. Dulu memang saya risau nak berambut pendek sebab tak mahu orang cakap macam lelaki atau tomboi,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Tambahnya, selain imej lelaki, dia juga pernah risau sekiranya potongan rambut pendek membuatkan tawaran lakonan menjadi terhad.

“Dulu saya pernah risau stesen televisyen dan produksi tak mahu heroin rambut pendek takut tak nampak manis, tetapi selepas bincang, mereka okey sahaja.

Sejujurnya saya nak kekalkan sampai imej ini sampai bila-bila tetapi potongan begini sebegini sukar buat sambungan rambut palsu. Kalau rambut panjang selepas ini, mungkin paras bahu sahaja.

“Rambut pendek begini senang diuruskan, syampu pun lambat habis,” katanya lagi.

Tambah pelakon drama Pink Smile itu, dia juga tidak terlepas menerima kritikan daripada netizen yang mengatakan potongan rambut pendek kurang sesuai dengan dirinya.

“Hakikatnya ini sisi lain yang buat saya nampak lebih matang dan segar. Adakalanya kita perlukan imej yang lebih segar seperti dilahirkan semula.

Mungkin ada segelintir individu sukar nak terima saya berimej begini, Ada yang cakap saya macam budak sekolah dan tak sesuai dengan saya.

“Cuma bagi saya, paling penting ialah emosi saya perlu jaga. Ini cara saya cari benda baru untuk diri sendiri,” jelasnya.

Terdahulu, suaminya yang juga pelakon Adam Lee tampil mempertahankan penampilan terbaharu isterinya apabila terdapat netizen berasa kurang senang dengan penampilan terkini Sweet. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok