‘Di sebalik senyuman ada lelah disembunyikan’

ISTERI kepada pelakon Imran Aqil, Dahlia Rizal menzahirkan rasa syukur dikurniakan suami yang rajin mencari rezeki untuk kesenangan keluarga.

Dahlia atau nama lengkapnya Nur Dahlia Ahmad Rizal, 24, turut menzahirkan ucapan terima kasih atas pengorbanan suami yang banyak membantu menjaga anak mereka, Yusra.

Di sebalik senyuman awak, saya tahu ada lelah yang disembunyikan.

“Terima kasih kerana terus kuat mencari rezeki walaupun sayang penat,” katanya satu hantaran dalam Instagram Story.

Bagaimanapun, Dahlia berharap agar suaminya mendapatkan rehat yang cukup selain sangat berbangga dengan apa yang Imran korbankan.

“Badan suami saya minta rehat, fikiran dia mahu cari duit lebih tetapi hati dia mahu luang lebih masa dengan kami.

“Rehatlah sayang, awak memang hebat. Kami sangat bangga dengan awak,” katanya.

Sebelum ini, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 7 Mei 2025. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok