‘Mahu berhenti belajar Mandarin, saya minat lelaki Sepanyol’

PELUANG bercuti dan menjelajah Sepanyol membuatkan pempengaruh Leona lebih tertarik dengan lelaki negara itu.

Susulan itu, Leona atau nama lengkapnya Kasih Iris Leona Azhar, 23, mahu mempelajari bahasa Sepanyol dan tidak akan meneruskan kelas Mandarin.

Saya akan berhenti belajar bahasa Mandarin sebab saya kini lebih meminati lelaki Sepanyol.

“Jadi, saya akan belajar bahasa Sepanyol,” katanya dalam perkongsian TikTok.

Difahamkan, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu kini melancong di Sepanyol sendirian selepas menghabiskan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di University of Bath, United Kingdom.

Dia juga memaklumkan sudah dua tahun menyimpan hasrat menjelajah negara yang mempunyai pemandangan indah itu.

Sebelum ini, Leona mengakui tertarik dengan lelaki berusia dan jika botak pun tiada masalah kerana merasakan orang muda tidak matang.

Dia juga pernah menzahirkan rasa kecewa dan menyifatkan beberapa lelaki yang pernah berjanji temu (dating) dengannya sebagai sampah.

Perkara tersebut sedikit-sebanyak buat Leona bimbang sekiranya tidak bertemu dengan lelaki yang memiliki ciri-ciri suami idamannya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok