The Final Reckoning ucapan selamat tinggal paling bergaya dunia sinematik!

Aksi, elemen nostalgia, terjemahan karakter para pelakon terlibat terutama Cruise sebagai Ethan Hunt termasuk pameran lain iaitu Hayley Atwell (Grace), Ving Rhames (Luther Stickell) dan Simen Pegg (Benji Dunn), semuanya faham tugasan masing-masing dengan cemerlang.

Penulis secara peribadi berasakan ini adalah ‘ucapan’ selamat tinggal paling bergaya dalam dunia sinematik kepada para peminat francais Mission Impossible. The Final Reckoning ucapan selamat tinggal paling bergaya dunia senematik!

Tiada langsung atau kesan khas (CGI) yang minimal boleh dijangka daripada mana-mana filem lakonan Tom Cruise. Itu juga boleh dilihat dalam The Final Reckoning.

Aksi kapal selam Hunt ‘berperang’ dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) bernama Entity di dasar laut, Hunt bergelut dengan Gabriel ( Esai Morales), semua antara yang membuatkan audiens ternganga penuh kesima.

Markah peribadi andai The Final Reckoning adalah lembaran kertas peperiksaan adalah berunjuran antara 90 hingga 95 per 100. Menakjubkan! – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok