120
BERTUBI-TUBI dengan action-packed sequence, merobek nostalgia para peminat francais Mission Impossible sejak diluncurkan filem pertama pada 1996 dan paling penting, Tom Cruise memang tiada galang gantinya.
Itu antara pandangan jujur penulis saat melangkah keluar dari panggung wayang selepas menghabiskan masa hampir 3 jam menonton filem terbaharu, Mission: Impossible – The Final Reckoning.
Tiada sesaat pun detik penyesalan menonton. Rasa seperti itu antara 3 jam selayak dan sewajibnya dalam kehidupan ‘dibazirkan’ atas nama seni wayang.

SEMUA watak dalam filem ini berjaya diterjemahkan barisan pelakon dengan cemerlang.