PEMPENGARUH media sosial Ameera Khan tersentuh hati selepas menerima komen positif daripada seorang pengikut yang menyokong hubungan cintanya dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol.
Komen tersebut ditinggalkan selepas Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, memuat naik beberapa video percutian romantik bersama aktor itu di sebuah pulau.
Romantiknya Jefri dengan Ameera Khan. Semoga kamu berdua berjodoh.
“Abaikan segala komen-komen buruk netizen yang suka menghina kamu berdua,” tulis individu berkenaan dalam ruangan komen dan dikongsikan semula Ameera menerusi Instagram Story.
Luahan itu bukan sahaja menyentuh perasaan adik kepada selebriti Neelofa itu, malah membuatkannya hampir menitiskan air mata.
Sedih la saya awak cakap macam ni.
“Sekarang saya nak menangis di bucu katil,” balasnya ringkas.
Ameera turut memberi bayangan dirinya bersyukur kerana masih ada yang memahami dan mendoakan kebahagiaannya bersama Jefri, meskipun sering berdepan kecaman dalam media sosial.
Untuk rekod, hubungan Ameera dan pelakon Ali Topan itu pernah terputus sekitar Oktober 2021 apabila mereka saling berhenti mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Namun, pada penghujung Mac tahun lalu pasangan itu kembali menjalinkan hubungan dan sejak itu dilihat semakin terbuka berkongsi detik-detik mesra bersama.
Meskipun berdepan komen sinis daripada sesetengah pihak, Ameera tetap kelihatan tenang dan kini lebih aktif berkongsi kehidupannya bersama kekasih hati dalam media sosial. – HIBGLAM