Kisah cinta BASS bakal difilemkan?

NAMPAKNYA kisah mengenai perjalanan hubungan antara selebriti Bella Astillah dengan ahli politik, Syed Saddiq bakal dapat ditonton di layar perak.

Hasrat tersebut disuarakan penerbit Datuk Seri Eizlan yang berkongsikan perkara berkenaan filem BASS menerusi siaran langsung dalam media sosial.

Begitupun, dedahnya rancangan berkenaan belum mendapat kata putus daripada Bella mahupun Ahli Parlimen Muar itu lagi.

Dalam sesi sama, Eizlan mengakui menerima banyak mesej daripada pengikut laman sosialnya yang meminta kisah pasangan comel itu difilemkan.

Menurutnya lagi, walaupun keakraban mereka belum dapat dipastikan sama ada bercinta atau sekadar rapat, beliau yakin cerita yang bakal diangkat itu menarik.

Pada masa sama, Eizlan turut memaklumkan, garapan kisah tidak akan menyentuh sejarah silam, tetapi lebih kepada fasa terkini dan ala-ala drama bersiri Winter Sonata.

DIVA: Memang Diva orang pertama yang akan beli tiket filem BASS.

caption

BUKAN sekadar strategi pemasaran, Saddiq dan Bella dikatakan bercinta.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok