Kembali bergelar isteri, Jaclyn Victor kini milik Calvin Samuel

SELEPAS enam tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Jaclyn Victor kini sah bergelar isteri kepada pensyarah, Calvin T. Samuel dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung petang tadi.

Berita perkahwinan itu mengejutkan ramai apabila dikongsi rakan artis, Shila Amzah menerusi satu hantaran Instagram Story.

Akhirnya! Saya tumpang gembira buat Jaclyn,” katanya.

Jaclyn, 48, memilih meraikan hari bahagianya secara intim bersama keluarga dan teman rapat di sebuah dewan sekitar ibu kota.

Antara yang turut hadir memeriahkan acara termasuk Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Noryn Aziz, Marsha Milan, Siti Nordiana dan Ning Baizura.

Tidak ketinggalan, Che Puan Sarimah Ibrahim, Anuar Zain, Salamiah Hassan serta duo pereka terkenal, Rizman Ruzaini.

Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa Dina Nadzir dan Liza Hanim

Perkongsian bahagia itu mendapat reaksi positif  pengikut Jaclyn dalam media sosial.

Wow macam gitu je dia kahwin, tiada angin tiada ribut, akhirnya Jac jumpa juga kebahagiaan. Tahniah!” tulis seorang netizen.

“Jaclyn Victor memang gemilang, tahu-tahu dah kahwin lagi. Doa kami sentiasa bersama dia,” komen seorang peminat.

Untuk rekod, pelantun lagu Ikut Rentakku itu pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dari Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014, namun hubungan itu berakhir selepas lima tahun.

Hasil perkahwinan terdahulu, juara Malaysian Idol itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok