SAYA langsung tidak rasa letih mengandung banyak kali kerana mendapat sokongan yang kuat.”
Demikian respons isteri kepada pelakon, Fizo Omar, Fazeera Nazri apabila kerap diajukan soalan tentang kehamilannya yang dikatakan terlalu rapat.
Fazeera atau nama lengkapnya Fazeera Nazri Azrai, 29, meluahkan rasa kecewa apabila soalan itu dilontarkan netizen wanit yang disifatkannya stidak menjaga sensitiviti.
Saya ingin pesan di sini, tolong jaga sensitiviti orang lain. Saya sering dihujani dengan soalan tidak penat ke hamil, suami tidak jaga peranakan ke, suami tidak kisah kesihatan mental ke?
“Saya sangat kecewa dengan soalan-soalan sedemikian sampai tidak tahu macam mana mahu menjawabnya.
Kenapa mesti soalan begitu datang dari kaum wanita, adakah wanita sendiri mahu melihat wanita lain jatuh?
“Jarang soalan begini diajukan lelaki. Tolong hormat keputusan orang lain,” katanya dalam satu hantaran video TikTok.
Isteri kepada pelakon drama Cinta Buat Emelda itu bersyukur dikurniakan zuriat yang ramai dan tidak menganggap kehamilan sebagai bebanan.
“Saya tidak rasa yang mengandung satu beban dan buat saya letih melampau.
Saya tidak pernah tunjuk diri saya menyesal beranak ramai dan ada anak yang rapat. Sebaliknya saya tunjuk kegembiraan selain syukur dalam media sosial,” katanya.
Sebelum ini, Fizo dan Fazeera berkahwin yang bernikah pada 21 Oktober 2021 sudah memiliki dua anak perempuan iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan Umaira, 2 tahun.
Februari lalu, Fizo memaklumkan isterinya kini berbadan dua dan bakal melahirkan cahaya mata ketiga mereka.
Fizo sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam, 8 tahun. – HIBGLAM