DIDAKWA melakukan pembedahan plastik, pelakon Riena Diana menangkis tuduhan dilemparkan segelintir individu berikutan tampak perubahan pada bentuk telinganya yang capang.
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata, dia hanya menggunakan pelekat khas sebagai bahan magis bagi membuatkan bahagian tersebut kurang menonjol.
“Orang sibuk cakap saya buat pembedahan telinga. Nampak perubahan dulu dan sekarang.
Ada yang menuduh saya, ‘telinga dulu bukan ke capang? Artiskan, mesti pergi buat operasi.’
“Mana ada saya bedah, saya pakai gam sahaja. Tunggu ye, sekejap lagi magis akan berlaku,” katanya dalam hantaran TikTok.
Pelakon drama bersiri Bidaah itu turut berkongsi video dia melekatkan gam pada telinganya dan menunjukkan kesan lekatan kepada pengikutnya.
Menerusi ruangan komen, ramai peminat tampil mempertahankan Riena, bahkan memuji penampilan semula jadinya yang dianggap tetap menawan.
“Bukan capang tu, tapi telinga besar sikit. Dari dulu saya perasan tapi comel,” tulis seorang peminatnya.
“Habislah siapa yang fitnah tu. Diana, anak saya pun capang tetapi tetap cantik dan lawa, itu dah semula jadi,” kata netizen.
“Orang kalau dah cantik, capang macam mana pun tetap cantik,” ujar pengikut laman sosialnya yang lain. – HIBGLAM