PENYANYI terkenal Lady Gaga menuai pujian ramai selepas dia dilihat makan di medan selera di Singapura sempena konsert jelajahnya di negara itu.
Video Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta, 39, menikmati makanan di Medan Selera Maxwell kini tular dalam media sosial.
Tampil berpakaian serba hitam, Gaga tidak kekok lepak di medan selera tersebut biarpun dia antara penyanyi paling popular di dunia.
Pelantun lagu Bad Romance itu juga dilihat mesra melayan peminat yang meminta tanda tangannya sebelum beredar dari situ.
“Lady Gaga sangat baik hati melayan peminat dan bergambar bersama mereka biarpun dia seorang superstar. Kalau artis lain, mereka tak akan sanggup untuk melayan peminat ketika sedang makan,” komen netizen.
“Gembira melihat Lady Gaga memilih untuk makan di gerai biasa berbanding restoran lima bintang. Dia ingin merasai sendiri pengalaman menikmati makanan lokal,” komen seorang lagi netizen.
Ini bukan kali pertama Medan Selera Maxwell dikunjungi artis terkenal antarabangsa. Sebelum ini Drew Berrymoore dan Dua Lipa juga pernah makan di situ.
Lady Gaga berada di Singapura selama seminggu sempena konsert jelajah asianya yang berlangsung selama empat hari di Stadium Nasional Singapura bermula 18 hingga 24 Mei. -HIBGLAM