Jual Honda Jazz, Saharul Ridzwan ‘angkat’ Toyota Alphard

DEMI keselesaan keluarga, pelakon Saharul Ridzwan bersyukur apabila berjaya membeli sebuah kereta baharu mewah jenis Toyota Alphard.

Saharul atau nama penuhnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 36, memaklumkan pembelian kereta berkenaan adalah hasil rezeki anak-anak.

“Alhamdulillah, Allah bagi rezeki. Rezeki anak-anak.

“Terima kasih juga kepada Ali (jurujual) yang memudahkan urusan pembelian,” katanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan tindakan pelakon drama Hati Perempuan itu yang bijak mengatur kewangan dan kehidupan keluarga meskipun bergelar selebriti.

“Masa dia jual kereta bini dia ramai komen kata dia tiada duitlah, hijrahlah, gadai hadiah isterilah. Hakikatnya, dia sahaja tahu apa yang terbaik untuk dia dan keluarga,” kata seorang netizen.

“Jual kereta banyak-banyak. Selepas itu beli satu kereta yang boleh naik ramai dan buat macam ini. Baru berbaloi. Tahniah!,” ujar netizen.

“Beli kereta untuk keselesaan keluarga. Ahamdulilah, semoga pahala berpanjangan untuk dia,” kata seorang lagi warganet.

Sebelum ini, Saharul mencuri perhatian apabila terpaksa menjual kereta Honda Jazz milik Deena yang merupakan hadiah  ulang tahun perkahwinan keempat mereka pada 2020.

Aktor itu juga bertindak menjual beberapa aset miliknya seperti kereta Mercedes Benz dan kondomium yang terletak di Cyberjaya tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok