PELAKON Fattah Amin mengakui masih mempercayai ‘cinta’ meskipun pernah melalui kegagalan rumah tangga bersama bekas isteri, Fazura.
Pun begitu, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata, dia kini lebih selesa untuk tidak mendedahkan kisah hatinya secara terbuka terutamanya apabila melibatkan rakan sekerja, Amira Othman.
“Bercakap mengenai cinta, kalau boleh saya mahukan perkara ini tidak diceritakan secara terbuka sebab benda pun mungkin ada, mungkin tiada, kita pun tak tahu kan. ‘Tak boleh cerita lebih-lebih, kena hormat Amira dan keluarganya’
Kita fokus dengan kerjaya sahajalah. Macam saya dengan Amira, saya pun tak boleh nak cerita lebih-lebih. Saya kena hormat dia dan keluarganya,” katanya dalam satu temu bual.
Tambah pelakon Kulit Wayang itu, dia hanya akan berkongsi tentang hal peribadi andai dirasakan sesuai dan tidak menimbulkan ketidakselesaan mana-mana pihak.
“Sebenarnya kalau soal cinta ini memang bergantung kepada keadaan.
Kalau rasa tak manis untuk berkongsi, kita jangan kongsi.
“Kalau perkara itu ada kemanisan, membuatkan orang lain rasa senang, kita kongsi. Selagi kita jaga batas, sudah cukup,” ujarnya.
Kenyataan duda satu anak itu lantas menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji pendiriannya menjaga perasaan semua pihak.
Budiman sangat cara Fattah jawab. Hormat orang, tak buka aib. Respect!” komen seorang pengguna media sosial.
“Tak perlu ‘show off’ cinta sana sini, cukup tahu cara jaga hati semua pihak,” tulis seorang netizen.
“Kalau jodoh dengan Amira, kita doakan yang baik-baik. Mereka nampak serasi,” ujar seorang peminat.
Untuk rekod, pelantun lagu Wanita Terakhir itu dan Amira sebelum ini pernah digandingkan sebagai wajah kempen beberapa jenama popular hingga mencetuskan gosip mereka lebih daripada sekadar rakan artis.
Biarpun tidak pernah membuat sebarang pengakuan terbuka, peminat menyifatkan pasangan itu serasi dan turut mendapat ‘restu’ keluarga masing-masing. – HIBGLAM