‘Perlukan RM8,300 agar saya, anak-anak tak merempat’

BERDEPAN fasa sulit, penyanyi Elliza Razak memohon bantuan orang ramai untuk membantunya menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi.

Elliza atau nama lengkapnya Elliza Abd. Razak berkata, dia terpaksa menyelesaikan satu perkara membabitkan sejumlah bayaran selepas pihak sepatutnya bertanggungjawab bersikap lepas tangan.

“Sekarang saya amat memerlukan satu jumlah (wang) besar untuk selesaikan masalah yang memberi bebanan sebelum saya bercerai lagi.

“Saya perlukan RM8,300 untuk selesaikan sesuatu yang sangat mustahak.

Sepatutnya saya tak meminta begini, namun terpaksa sebab si polan yang tiada rasa tanggungjawab ini masih belum menjelaskan apa yang sepatutnya. Sebenarnya total RM20,000, itu pun kira dah lebih kurang,” katanya dalam hantaran Instagram.

Menerusi perkongsian sama, alumni program realiti Akademi Fantasia musim tiga itu turut mendakwa ada pihak yang mengugutnya.

Begitupun, ibu tunggal anak dua itu memaklumkan bukan meminta sumbangan, sebaliknya meminta sokongan orang ramai membeli produk wangian yang dijual.

“Jauh sekali saya meminta derma, tetapi saya minta jasa baik awak semua untuk sokong perniagaan saya.

Ada pihak yang masuk campur dan ugut saya macam-macam. Saya nak tanggung dua anak sepenuhnya dan pihak bertanggungjawab hilang tanpa rasa bersalah.

“Harap dapat sokong saya supaya saya dan anak-anak tak merempat disebabkan kesalahan si polan berkenaan,” ujarnya.

Terdahulu sekitar Disember 2024 nama Elliza kembali diperkatakan selepas mendedahkan menanggung derita dipukul suami sehingga nekad menuntut cerai.

Dakwanya lagi, selama 12 tahun dia bertahan apabila bukan sahaja berdepan keganasan rumah tangga, bahkan perlu menanggung keluarga dan melangsaikan hutang mencecah belasan ribu ringgit. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok