Duduk sebelah Bella, ubat stres Syed Saddiq

“DUDUK sebelah Bella.”

Demikian jawapan spontan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bikin netizen tidak keruan.

Semuanya selepas pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengajukan soalan mengenai cara Ahli Parlimen Muat itu mengendalikan stres.

“Saya ada soalan. Cara YB (Yang Berhormat) Syed Saddiq atasi stres?,” soalnya.

Kedua-dua mereka  ketawa sejurus selepas Saddiq memberikan jawapan.

Ramai yang teruja dengan perbualan Bella dan Saddiq dalam siaran langsung tersebut.

“Inilah perkataan yang menggambarkan perasaan dia sekarang,” kata peminat.

“Alhamdulillah, begitu yakin dia menjawab. Aku suka lelaki ‘gentleman’,” ujar pengikut.

“Ini sah tak boleh berjauhan dengan Bella,” tutur peminat lain.

Sebelum ini, Bella dan Saddiq pernah berkolaborasi dalam kempen jenama pakaian tempatan, malah Saddiq turut muncul dalam video muzik lagu Tapi Bukan Denganmu nyanyian Bella.

Fenomena gandingan Bella Astillah-Syed Saddiq sehingga disebut sebagai BASS masih lagi menjadi perbualan ramai dalam media sosial sehingga ke Korea Selatan.

Biarpun tidak memberi jawapan pasti atau mengesahkan bercinta, keluarga kedua-dua personaliti popular itu memberikan restu andai gosip membabitkan mereka benar. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok